Sunday, July 26, 2015

Nostalgia Memelihara Ayam (Cisarua 2012)

Si Jago yang gagah

Ayam Kampung diperlakukan macam ayam pedaging, MANJA :D

Si Babon yang cantik

Si Kecil baru menetas, So cute

Friday, July 17, 2015

Dasar Hukum Poligami OC Kaligis

Baca berita: OC Kaligis punya 10 istri dan 20 anak.
Komen wartawannya:
A) Penyayang wanita.
B) sudah berhasil mengharmoniskan ke 10istri
Saya cukup tertarik untuk komen:
1. 10 istri itu seri atau pararel?
2. Kalau seri, ya bukan penyayang wanita lah. 9x cerai namanya.
3. Kalau pararel, hm....pakai syariat dan aturan hukum versi apa ya? Ngakunya sih agamanya Katolik. Pakai UU apa hingga bisa menyanding 10wanita sekaligus? UU no 1 th 1974? Rasanya sih bukan.
4. Kalau 10 istri pak OC ini ada dasar legalnya entah versi agama atau UU NKRI, saya rasa perlu disosialisasikan agar orang2 Islam yg beristri 2,3,4 tidak dipersulit lagi mendapatkan status legalnya :D

Tuesday, July 7, 2015

Al Quran Petunjuk Bagi Yang Bertaqwa

KIta sudah memasuki 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Adakah kita sudah mendapatkan buruan kita  dalam Ramadhan ini?

Ramadhan Allah datangkan untuk kita berpuasa di dalamnya supaya kita dapat menjadi orang yang bertaqwa. Apa taqwa itu? TAqwa itu takut pada Allah. Bila ada perasaan takut, apa ya berani buat maksiat? Bila takut, segala perintah akan dibuat dengan penuh taat. Sami'na waata'na, kami dengar dan kami taat. Ya, taat yang ngak pakai tapi....

Bila takut kepada Allah, kita akan menjalani hidup seperti jalan melewati jalanan yang penuh duri. Sungguh2 berhati-hati takut tercucuk duri. Itulah taqwa.

Dalam permulaan surat Al BAqarah, Allah telah berfirman, inilah kitab yang akan menjadi petunjuk buat orang yang MUTTAQIN. Orang muttaqin ini orang yang bertaqwa. YA....jelas sekali AL Quran ini adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa. KAlau ngak bertaqwa, Al Quran hanya akan menjadi angin lalu saja tidak mampu diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan.


Dalam ayat yang lain, Allah juga menjelaskan bahwa wama yataqabbalullahu minal muttaqin, Allah hanya akan menerima amal orang yang bertaqwa. Kalau tak bertaqwa, Allah tidak akan terima.

Jadi, patutlah kita sedih dan cemas perasaan takut pada Allah belum subur di hati kita....

Friday, July 3, 2015

Poligami, Nikah yang disusun dan Jembatan kepada Tuhan


ligami, nikah yang disusun dan jambatan kepada Tuhan - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tentang-poligami-nikah-yang-disusun-dan-jambatan-kepada-tuhan#sthash.VVXA4mWW.dpuf

Mereka sepasang suami isteri yang baru 3 minggu mendirikan rumah tangga, namun si isteri bersedia menghadapi kemungkinan suaminya akan menikah lagi. Isteri lain mungkin akan mengamuk mendengar dirinya akan dimadu, tetapi bagi Mariatul Qibtiah Muhammad Husaini, 21, hal itu merupakan jalan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

Ini bukan skrip drama dengan tajuk seperti “Suami Aku Encik Sotong/Ustaz/Playboy”, ini kisah nyata pasangan sebaya Mariatul dan suaminya Muhammad Solahuddin Nordin. Mereka adalah 1 dari 23 pasangan yang bernikah pada Majlis Pernikahan Perdana 30 dan 31 Mei lalu di Bandar Country Homes, Rawang. Solahuddin dan Mariatul menikah dengan tidak pernah mengenali satu sama lain atau bercinta sebelum upacara ijab kabul.


Pernikahan mereka diaturkan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd – yang sebelum ini dikenali sebagai Global Ikhwan Sdn Bhd. Cukup dengan mengetahui nama pasangan sewaktu mengisi formulir pernikahan, serta kursus dari GISB selama seminggu, pasangan ini senantiasa tersenyum bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain sewaktu wawancara berlangsung.

“Perasaan saya sangat bersyukur sebab dimudahkan (menikah mengikut) cara Nabi (Muhammad). Nabi menikah tak bercinta dahulu. Tuhan hendak tunjukkan bahwa menikah itu sebenarnya mudah.

“Pernikahan ini diuruskan sepenuhnya oleh syarikat – apabila bertunang baru nampak muka – selamatlah dari bercinta sebelum menikah,” kata Solahuddin sewaktu ditanya tentang pernikahannya itu.

Larangan cinta sebelum menikah.

Penyelaras Majlis Pernikahan Perdana, Johari Morad, menjelaskan bercinta hanya selepas menikah  adalah syarat utama yang dikenakan ke atas peserta majlis nikah ini.



“Kalau awak hendak dinikahkan, jangan bercinta (sebelum menikah). Bercinta hilang keberkatan dalam pernikahan.”

“Bercintalah selepas menikah,” katanya sambil menambah penjelasan bahwa pernikahan seperti ini dinamakan sebagai nikah “yang disusun”.

Pihak syarikat, katanya, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari keluarga pengantin untuk menikahkan mereka. Dan pada kebanyakan masa, urusan ini menjadi mudah karena ibu bapa pengantin juga adalah staff GISB, tambahnya.

Berdasarkan kaedah ini juga, apabila ada lelaki atau perempuan yang menaruh rasa suka terhadap satu sama lain maka tidak akan dibenarkan menikah dalam GISB.

“Dari satu segi, orang nampak macam tak adil (tetapi) kita menginginkan pernikahan itu berkat.

“Pernikahan itu satu cara hendak melahirkan zuriat dan di bawah kita ini (pikirkan) berapa banyak zuriat dan anak keturunan cucu kita (akan lahir).
“Permulaan ibu dan ayah itu hendaklah tiada permainan nafsu syaitan di celah-celah hendak menikah itu.

“Bercinta itu nafsu syaitan sudah masuk dah. Islam tidak membenarkan macam itu, bukan GISB tak benarkan,” katanya yang merupakan ahli lembaga pengarah GISB Holdings yang bertanggungjawab menjaga bagian pendidikan GISB.

Peserta juga disyaratkan tidak menghabiskan masa bersama pasangan dalam masa dua hari selepas akad nikah walaupun status hubungan mereka pada masa itu halal.

Menurut Johari, beliau sendiri menetapkan perkara tersebut bagi memastikan peserta mengambil masa mengenali pasangan masing-masing.

“Sebab, mereka baru kenal dan kita tak mau mereka ‘terkejut’. Mereka ini baru menikah, jadi biarlah berkomunikasi melalui telefon dahulu. Kita bagi ada fasa (untuk) dia kenal secara jauh dahulu.

“Jangan dia jumpa terus malam pertama, nanti bahaya, takut dia terkejut begitu. Sebab, mereka ini ‘fresh’, mereka tak biasa bergaul lelaki dan perempuan, tak pernah sentuh lelaki lain, tak pernah sentuh perempuan lain,” kata Johari.

Sementara itu, Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Selangor, Aluwi Parman mempunyai pandangan sedikit berbeda tentang konsep bercinta sebelum atau selepas menikah.

“Mana yang lebih baik antara bercinta dahulu atau menikah dahulu? Dua-dua ada kebaikannya.

“Kalau dalam Islam, kita disuruh mengenali dahulu. Ini karena, seseorang itu bila hendak menikah, perlu buat penyelidikan latar belakang keluarga yang hendak dimiliki itu.

“Menyelidiki akhlak, ilmu, keluarga yang ramai anak atau tidak. Tapi kalau dia tak kenal, dan terus menikah baru hendak mengenali, itu memakan masa yang agak panjang juga.

“Menikah dulu baru bercinta itu ada kebaikan tetapi mengenali lebih rapat dahulu baru menikah itu lebih baik pada pandangan Islam,” katanya.

Ditanya jika bercinta selepas bercinta adalah amalan Nabi Muhammad, Aluwi memberikan jawapan berikut:

“Itu saya tak dapat hendak maklum, tetapi rasanya Nabi mengenali latar belakang (pasangannya) juga sebelum dia menikah. “Dia tahu latar belakang keluarga yang hendak dimiliki itu,” katanya.

Nama Global Ikhwan tidak asing buat mereka yang mengikuti perkembangan organisasi dakwah Al Arqam yang gah sekitar tahun 80-an dan 90-an. Al Arqam pada satu masa menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan dan pertanian.
Gerakan ini diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994 namun ia muncul kembali dengan nama baru, Rufaqa Corporation.

Bimbang dengan pengaruh pengasasnya Ashaari Muhammad, kerajaan bertindak mengharamkan Rufaqa. Ashaari meninggal dunia pada 13 Mei 2010.

Kumpulan itu kemudian bergerak dengan nama Global Ikhwan, namun nama itu juga dilarang kerajaan. Sejak hari itu, organisasi tersebut bergerak sebagai syarikat yang didaftar sebagai GISB Holdings Sdn Bhd.

Hidup dalam mainstream.  

Selepas bertapak di Bandar Country Homes Rawang pada 2000, GISB senantiasa berusaha hidup dalam arus perdana (mainstream) masyarakat. Buktinya, Majlis Pernikahan Perdana ini mendapat kerjasama yang baik dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Johari, 17 orang naib kadi membantu menikahkan pasangan pengantin dan majlis turut dihadiri Aluwi serta Kadi Daerah Gombak Timur, Zainal Abidin Sulaiman.

Aluwi sendiri menyampaikan khutbah nikah serentak kepada semua pasangan pengantin sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Walaupun bertukar pelbagai nama, buat sebilangan masyarakat, GISB amat sinonim dengan amalan berpoligami melalui Klub Poligami Ikhwan serta Klub Taat Suami pada satu masa dahulu.

Ditanya tentang kesediaannya berhadapan poligami, Mariatul yang menganggap suaminya sebagai “jembatan mendapatkan Tuhan” memberikan jawapan berikut dengan senyuman terukir di bibir:

“Insya-Allah (bersedia). Yalah, motonya untuk dapatkan Tuhan, apabila kita sudah ada madu bolehlah kita berjuang, buat kerja (sebagai isteri) tanpa memikirkan (perlu berkongsi) suami kita.
“Kita boleh fokus kepada perjuangan (iaitu) pekerjaan kita. Jadi hati itu banyak kepada Tuhanlah,” katanya.