ligami,
nikah yang disusun dan jambatan kepada Tuhan - See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tentang-poligami-nikah-yang-disusun-dan-jambatan-kepada-tuhan#sthash.VVXA4mWW.dpuf
Mereka sepasang suami isteri yang
baru 3 minggu mendirikan rumah tangga, namun si isteri bersedia menghadapi
kemungkinan suaminya akan menikah lagi. Isteri lain mungkin akan mengamuk
mendengar dirinya akan dimadu, tetapi bagi Mariatul Qibtiah Muhammad Husaini,
21, hal itu merupakan jalan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Ini bukan skrip drama dengan tajuk
seperti “Suami Aku Encik Sotong/Ustaz/Playboy”, ini kisah nyata pasangan sebaya
Mariatul dan suaminya Muhammad Solahuddin Nordin. Mereka adalah 1 dari 23
pasangan yang bernikah pada Majlis Pernikahan Perdana 30 dan 31 Mei lalu di
Bandar Country Homes, Rawang. Solahuddin dan Mariatul menikah dengan tidak
pernah mengenali satu sama lain atau bercinta sebelum upacara ijab kabul.
Pernikahan mereka diaturkan syarikat
GISB Holdings Sdn Bhd – yang sebelum ini dikenali sebagai Global Ikhwan Sdn
Bhd. Cukup dengan mengetahui nama pasangan sewaktu mengisi formulir pernikahan,
serta kursus dari GISB selama seminggu, pasangan ini senantiasa tersenyum
bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain sewaktu wawancara berlangsung.
“Perasaan saya sangat bersyukur
sebab dimudahkan (menikah mengikut) cara Nabi (Muhammad). Nabi menikah tak
bercinta dahulu. Tuhan hendak tunjukkan bahwa menikah itu sebenarnya mudah.
“Pernikahan ini diuruskan sepenuhnya
oleh syarikat – apabila bertunang baru nampak muka – selamatlah dari bercinta
sebelum menikah,” kata Solahuddin sewaktu ditanya tentang pernikahannya itu.
Larangan cinta sebelum menikah.
Penyelaras Majlis Pernikahan
Perdana, Johari Morad, menjelaskan bercinta hanya selepas menikah adalah syarat utama yang dikenakan ke atas
peserta majlis nikah ini.
“Kalau awak hendak dinikahkan,
jangan bercinta (sebelum menikah). Bercinta hilang keberkatan dalam pernikahan.”
“Bercintalah selepas menikah,”
katanya sambil menambah penjelasan bahwa pernikahan seperti ini dinamakan
sebagai nikah “yang disusun”.
Pihak syarikat, katanya, berbincang
dan mendapatkan persetujuan dari keluarga pengantin untuk menikahkan mereka. Dan
pada kebanyakan masa, urusan ini menjadi mudah karena ibu bapa pengantin juga
adalah staff GISB, tambahnya.
Berdasarkan kaedah ini juga, apabila
ada lelaki atau perempuan yang menaruh rasa suka terhadap satu sama lain maka tidak
akan dibenarkan menikah dalam GISB.
“Dari satu segi, orang nampak macam
tak adil (tetapi) kita menginginkan pernikahan itu berkat.
“Pernikahan itu satu cara hendak
melahirkan zuriat dan di bawah kita ini (pikirkan) berapa banyak zuriat dan
anak keturunan cucu kita (akan lahir).
“Permulaan ibu dan ayah itu
hendaklah tiada permainan nafsu syaitan di celah-celah hendak menikah itu.
“Bercinta itu nafsu syaitan sudah masuk
dah. Islam tidak membenarkan macam itu, bukan GISB tak benarkan,” katanya yang
merupakan ahli lembaga pengarah GISB Holdings yang bertanggungjawab menjaga bagian
pendidikan GISB.
Peserta juga disyaratkan tidak
menghabiskan masa bersama pasangan dalam masa dua hari selepas akad nikah
walaupun status hubungan mereka pada masa itu halal.
Menurut Johari, beliau sendiri
menetapkan perkara tersebut bagi memastikan peserta mengambil masa mengenali
pasangan masing-masing.
“Sebab, mereka baru kenal dan kita
tak mau mereka ‘terkejut’. Mereka ini baru menikah, jadi biarlah berkomunikasi
melalui telefon dahulu. Kita bagi ada fasa (untuk) dia kenal secara jauh
dahulu.
“Jangan dia jumpa terus malam
pertama, nanti bahaya, takut dia terkejut begitu. Sebab, mereka ini ‘fresh’,
mereka tak biasa bergaul lelaki dan perempuan, tak pernah sentuh lelaki lain,
tak pernah sentuh perempuan lain,” kata Johari.
Sementara itu, Ketua Pendaftar Nikah
Cerai Rujuk Selangor, Aluwi Parman mempunyai pandangan sedikit berbeda tentang
konsep bercinta sebelum atau selepas menikah.
“Mana yang lebih baik antara
bercinta dahulu atau menikah dahulu? Dua-dua ada kebaikannya.
“Kalau dalam Islam, kita disuruh
mengenali dahulu. Ini karena, seseorang itu bila hendak menikah, perlu buat penyelidikan
latar belakang keluarga yang hendak dimiliki itu.
“Menyelidiki akhlak, ilmu, keluarga
yang ramai anak atau tidak. Tapi kalau dia tak kenal, dan terus menikah baru
hendak mengenali, itu memakan masa yang agak panjang juga.
“Menikah dulu baru bercinta itu ada
kebaikan tetapi mengenali lebih rapat dahulu baru menikah itu lebih baik pada
pandangan Islam,” katanya.
Ditanya jika bercinta selepas
bercinta adalah amalan Nabi Muhammad, Aluwi memberikan jawapan berikut:
“Itu saya tak dapat hendak maklum,
tetapi rasanya Nabi mengenali latar belakang (pasangannya) juga sebelum dia menikah.
“Dia tahu latar belakang keluarga yang hendak dimiliki itu,” katanya.
Nama Global Ikhwan tidak asing buat
mereka yang mengikuti perkembangan organisasi dakwah Al Arqam yang gah sekitar
tahun 80-an dan 90-an. Al Arqam pada satu masa menyebarkan kegiatan dakwah
Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,
perniagaan, perubatan dan pertanian.
Gerakan ini diharamkan Majlis Fatwa
Kebangsaan pada tahun 1994 namun ia muncul kembali dengan nama baru, Rufaqa
Corporation.
Bimbang dengan pengaruh pengasasnya
Ashaari Muhammad, kerajaan bertindak mengharamkan Rufaqa. Ashaari meninggal
dunia pada 13 Mei 2010.
Kumpulan itu kemudian bergerak
dengan nama Global Ikhwan, namun nama itu juga dilarang kerajaan. Sejak hari
itu, organisasi tersebut bergerak sebagai syarikat yang didaftar sebagai GISB
Holdings Sdn Bhd.
Hidup dalam mainstream.
Selepas bertapak di Bandar Country
Homes Rawang pada 2000, GISB senantiasa berusaha hidup dalam arus perdana (mainstream)
masyarakat. Buktinya, Majlis Pernikahan Perdana ini mendapat kerjasama yang baik
dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurut Johari, 17 orang naib kadi
membantu menikahkan pasangan pengantin dan majlis turut dihadiri Aluwi serta
Kadi Daerah Gombak Timur, Zainal Abidin Sulaiman.
Aluwi sendiri menyampaikan khutbah
nikah serentak kepada semua pasangan pengantin sebelum majlis akad nikah
berlangsung.
Walaupun bertukar pelbagai nama,
buat sebilangan masyarakat, GISB amat sinonim dengan amalan berpoligami melalui
Klub Poligami Ikhwan serta Klub Taat Suami pada satu masa dahulu.
Ditanya tentang kesediaannya
berhadapan poligami, Mariatul yang menganggap suaminya sebagai “jembatan
mendapatkan Tuhan” memberikan jawapan berikut dengan senyuman terukir di bibir:
“Insya-Allah (bersedia). Yalah,
motonya untuk dapatkan Tuhan, apabila kita sudah ada madu bolehlah kita
berjuang, buat kerja (sebagai isteri) tanpa memikirkan (perlu berkongsi) suami
kita.
“Kita boleh fokus kepada perjuangan
(iaitu) pekerjaan kita. Jadi hati itu banyak kepada Tuhanlah,” katanya.
No comments:
Post a Comment